Pulau jarak dan pulau sembilan merupakan antara lokasi pancingan jigging yang terkenal di Semenanjung Malaysia. Trip memancing ke Pulau Jarak & Pulau Sembilan pada 19 November 2010 ini merupakan trip sulung Serious Anglers yang menggunakan kaedah pancingan Jigging. Mr.Nick Ooi (ketua kumpulan Headwind dan juga merupakan tauke kedai pancing TackleBox Subang Jaya) merupakan org yg bertanggungjawab memperkenalkan kaedah Jigging kepada Serious Anglers dan meracun mereka untuk menyertai trip ini. Nick juga merupakan SiFu mereka hehehe Sekalung penghargaan kepada Nick Oii Tacklebox Adventures...Trip ini telah diatur oleh saudara Uddin dan Nick. Bot GT Chaser yang berpengkalan di Bagan Datoh menjadi pilihan kami. Trip sulung ke Pulau Jarak & Pulau Sembilan ini disertai oleh 6 ahli skuad Serious Anglers (Pnurd, Uddin, Zack, Kili, Min, Perod), Nick Ooi (TackleBox) & Mark Soh (ExtremeAnglers).Tak lena dibuatnya menunggu hari untuk memancing di Pulau Jarak, bro Uddin sampai mengira hari di BBM hahaha...Abg Ezan smpi habis jig kat kdi Nick diborongnya...
Serious Anglers bertolak dari Subang Jaya kira2 pukul 7:00 pagi selepas bersarapan di Hassan (port biasa mereka yg mana berdekatan dgn kedai Nick SS15). Mereka tiba di Bagan Datoh kira2 pukul 8:30 pagi. Nick dan Mark dtg berasingan dgn membawa umpan hidup~udang lipan!~.Kami berkumpul di jeti Bagan Datoh kira-kira pukul 1030 pagi dan disambut oleh Kapten Hoo. Setelah memunggah kesemua barang ke dalam bot, kami bertolak ke Pulau Jarak.
Ketika sedang dalam perjalanan, kami mengambil masa untuk setting segala pancingan kami sambil menikmati makan tengahari yang dimasak oleh Che Mat....ketika itu terdetik di dalam kotak pemikiran saya, boleh ke guna besi (jig) ini untuk dapat ikan? Hehehe mungkin kerana masih lagi percaya pada kaedah pancingan konvensional walaupun dah tonton video-video jigging...
Kami tiba di checkpoint pertama dan mula jigging...Setelah 30 minit berlalu, masih tiada tanda-tanda ikan berjaya didaratkan....kemudian terdapat sekumpulan ikan bergerak ke arah bot, apelagi masing-masing pun baling ke arah sekumpulan ikan itu...Berdesup-desup tarikan demi tarikan kedengaran....Lebih dr 10 ekor tongkol saiz hidangan berjaya dinaikkan oleh kami..Walaupun bersaiz kurang dari sekilo tapi penulis akui ia tetap memecahkan suasana memancing..tak menang tangan dibuatnya...Itulah ikan pertama kami dengan menggunakan jig besi....Tetapi bukan ikan tongkol yang menjadi target kami...Masing-masing menjadikan ikan GT (Giant Treavally/Geropoh) sebagai ikan sasaran pada trip ini.Kami jigging sehingga ke lewat petang pada hari tu namun tidak berhasil sehingga lenguh segala badan dibuatnya. Setelah mencuci badan dan selesai makan malam, terdetik lagi sekali di fikiran saya, memang susah pakai jig ni, bukan senang macam dalam video tu..pada ketika itu masih lagi tidak percaya tentang keberkesanan dan kenikmatan jigging...
Kapten Hoo memberitahu die akan menukar port memandangkan tidak ada hasil, tapi Nick meminta diberi masa 10 minit lagi untuk jigging..Nick pun meneruskan jigging dan tiba-tiba berdesup-desup tali Nick ditarik ikan, bunyi kekili Nick menaikkan perasaan teruja..Seekor GT berskala 4kg berjaya dinaikkan oleh Nick.Apalagi semua pun terus men'jigging' walaupun keletihan..Kali ini, Min pula berjaya menaikkan seekor GT berskala 5kg setelah bertarung selama 10 minit. Perasaan puas terpancar di wajah Min dan kami amat gembira kerana ada diantara kami telah berjaya menaikkan GT. Selang beberapa minit selepas, itu, giliran penulis pula tiba..ketika jig dikarau kira-kira 5 kali dari dasar, jig penulis iaitu Yo-Zuri Blanka berwarna biru disentap ikan, berdesing bunyi kekili di asak ikan..kerana baru first time diasak ikan, menggeletar tangan dibuatnya ditambahlagi lenguh disebabkan berulang-ulang kali jigging dari siang tadi sampai malam..kedengaran suara Nick mengajar saya untuk pam berkali-kali untuk menaikkan ikan tersebut. Kerana kekurangan tenaga, sampai kedua-dua belah tangan saya gunakan untuk mengepam ikan tersebut ke atas..hehe kelakar pun ade kalau dipikir-pikirkan balik. Berbekalkan rod Lemax berkekuatan PE 4 penulis berjaya mendaratkan GT seberat 4kg. Tidak tergambar betapa gembiranya pada masa itu...
Jam tepat pukul 12 tgh malam, ketika ini Min, Nick dan Mark dah masuk tidur. Tinggallah Abg, Ezan, Uddin, Kili, Perut dan penulis...Sambil tunggu umpan dijamah, Kili menyanyikan mantera memanggil ikan Jenahak/Ang-Cho..."Pabila esok Ahak ! Ahak !"...buat lawak pulang hang ni Kili..kedengaran suara kami gelak memecah kesunyian..Ternyata penantian pada malam itu sehingga pagi berbaloi apabila kami berjaya menaikkan lebih 6 ekor
jenahak bersaiz 4kg...
Keesokan harinya kami meneruskan jigging di salah satu port di area Hutan Melintang....
seekor demi seekor ikan GT dan Jenahak dinaikkan. Paling kemuncak adalah ketika kami 7 HOOK UP straight line dari depan bot hingga ke belakang bot. Jenahak sekali lagi berjaya didaratkan. Satu suasana dan pengalaman yang sangat sukar dilupakan..terpancar jelas kegembiraan dalam wajah setiap sorang pemancing...Pada hari ke -2 Abg Ezan, Perut, Uddin & Kili berjaya menaikkan GT bersaiz 5-6kg bermakna tercapailah target kami semua...Nick & Kapten Hoo lega kami semua telah berjaya mendaratkan ikan sasaran kami.
Pada sebelah malam, Kili menjadi Sultan Jenahak (gelaran yang Mark berikan). Memanjang umpan die saja ikan jamah, rod lain tak diusiknya. Masing-masing berjaya mendaratkan jenahak 1-2 ekor pada sebelum malam kecuali Kili mendaratkan lebih dari 4 ekor pada malam tersebut.
Hari ketiga kami bertolak pulang dengan hati yang riang dengan ice box penuh sampai tak muat lagi. Sampai sahaja di jeti kami terpaksa membeli polisterin box untuk bawak balik ikan...Berakhirlah trip yang sangat mengujakan..Banyak yang telah dipelajari oleh penulis di dalam trip ini...Keseluruhannya 9 ekor GT, 16 ekor Jenahak, 2 ekor tenggiri, 2 ekor Gerut-gerut, Seekor Kerapu dan Berbelas-belas ekor Ikan tongkol dinaikkan..Syukur Alhamdulillah......
written by,
shahril (Pnurd)
Good job..thanx :)
ReplyDeletegood job..good trip..good catch...hahaha bila mau ke great barrier reef hehehe
ReplyDeletehAmizzul like !
ReplyDelete