~Welcome All Serious Angler~ Lu LANGSI Wa kasi tangkap itu GT! ~

~Welcome All Serious Angler~ Lu LANGSI Wa kasi tangkap itu GT! ~

Friday 23 September 2011

BUNGSAMRAN, Bungkum, Bangkapi, Bangkok, Thailand ~8 September 2011~



Terletak lebih kurang 25km dari bandaraya Bangkok, Bungsamran terkenal dengan hasil tangkapan monster fish terutamanya plabuk. Berbekalkan maklumat yang diperoleh daripada internet, Angelfish dan hubby, Shahril telah memilih Bangkok sebagai destinasi percutian pendek.Tujuan utama Angelfish adalah untuk bercuti namun tidak bagi Shahril kerana Bungsamran adalah tujuan utama beliau (yelah tiap2 malam sebelum tdo pasti sebut pasal Bungsamran) haha. Namun demikian, Bungsamran ternyata sangat tidak mengecewakan Angelfish walaupun hanya sekadar sebagai peneman. Setiap hasil tangkapan di Bungsamran membuahkan keterujaan bukan sahaja buat Angelfish tetapi para pengunjung yang lain.
  


Angelfish dan Shahril memulakan perjalanan daripada hotel di Sukhumvit seawal 7 pagi (Thai time) dengan mengunakan perkhidmatan teksi bermeter pd kadar harga 300 Baht. Tidak seperti kebiasaan, sesuatu yg aneh apabila Shahril tidak perlu dikejut berulang kali untuk bangun drpd tido walaupun letih berjalan pd hari sebelumnya, ini semua adalah kerana penangan Bungsamran hahaha Walaubagaimanapun trafik yang sesak di pusat bandar Bangkok menyebabkan kami tiba di Bungsamran agak lewat kira-kira pukul 8.30 pagi (Thai time). Setibanya di sana, dengan leretan senyum smpi ke telinga, shahril 'check in' di kaunter untuk menyewa rod, mendapatkan perkhidmatan guide, membeli bait set dan menyewa chalet. Kami hanya menyewa chalet tanpa hawa dingin yg dilengkapi dengan tempat tidur di tingkat bawah dan atas, tv, kipas dan sinki dengan harga 800 Baht. Ternyata chalet ini amat selesa, bersih dan strategik untuk memancing. Suasana yg tenang dan cuaca yg tidak panas, nyaman serta pemandangan yg indah menambah 'mood' memancing kami. 


Kami mengunakan perkhidmatan Jai sebagai 'fishing guide' kami sepanjang kami berada di Bungsamran. Kami amat berpuas hati dengan perkhidmatan yg diberikan oleh Jai. Walaupun tidak begitu fasih berbahasa Inggeris, Jai tetap tidak lokek ilmu utk berkongsi dgn kami. Seperti biasa, dedak di bancuh terlebih dahulu sebelum perjuangan dimulakan hehe Dengan menggunakan rod berkekuatan PE4-6, shahril memulakan perjuangan. Setelah 15 minit, detik yg ditunggu2 tiba, pertarungan selama 10 minit membuahkan hasil. Seekor Patin Chao Phrya bersize 12kg berjaya dibawa naik. Seterusnya, lebih kurang 15 minit setelah Patin Chao Phrya berjaya ditawan, seekor Plabuk (Patin Mekong) seberat 17kg berjaya ditewaskan. Setelah beberapa kali spesis Plabuk bersize 20-25kg berjaya ditawan, kami pun berehat untuk makan tengahari sambil mengambil kesempatan membeli cenderamata di kedai '7 seas pro shop' yang terletak di dalam Bungsamran. Apa yang pasti, Tom Yam Kung seafood yg kami nikmati adalah sgt lazat! Yum3 (now craving for that!). Dalam pada itu, Angelfish dpt melihat keletihan di wajah Shahril setelah penat melayan Plabuk dan Patin Chao Phrya..bukan shj letih malah beliau turut mengurut pinggangnya sendiri hahaha 







Setelah menghabiskan beribu Bhat di kedai 7 seas Pro Shop, Shahril kembali meneruskan perjuangan sambil Angelfish mendapatkn khidmat Foot massage yg disediakan di Bungsamran dgn kadar harga yg murah iaitu 180 Baht. Setelah 10 minit umpan di lontarkan, tali non-stop keluar dari spool menyebabkan Shahril berlari mendapatkan rod. Setelah menyentap beberapa kali, game is ON...namun setelah kira-kira 15 minit bertarung, ikan tidak menunjukkn tanda-tanda untuk mengalah, sebaliknya meluncur lebih laju sehinggga menyebabkan tali tersangkut di tiang jambatan yg berada di sebelah kiri kawasan. Tali terpaksa dipotong. Kecewa + letih, itu lah yg jelas kelihatan di wajah Shahril pd ketika itu. Namun itulah yg dikatakan bukan rezeki hehehe Setelah jam menunjukkan pukul 4 petang, kami mula berkemas untuk pulang. Tiba2 Shahril mendapat satu strike, dan sememangnya strike terakhir ini merupakan hasil tangkapan paling berbaloi bg kunjungan pertama ke Bungsamran ini yg juga merupakan rekod peribadi Shahril. Plabuk 30kg berjaya didaratkan. Terpancar jelas kepuasan di wajah Shahril walaupun keletihan. 




Walaupun sedikit terkilan tidak dapat memancing sehingga pukul 9 mlm kerana terpaksa bergegas pulang bagi mendapatkan souvenir untuk bonda tersayang di Silom road, secara keseluruhannya kami amat berpuas hati dan sememangnya trip ini sangat berbaloi2 :p dengan hanya 6 jam memancing, kami berjaya menaikkan 2 ekor patin chao phrya dan 9 ekor plabuk tidak termasuk 11 strike yg lucut. Sudah semestinya racun akan disebarkan kepada 'Serious Anglers' yg lain..apa lagi JOMMM ke BUNGSAMRAN!!! InsyaAllah we will come back next year ;)  


http://www.bungsamran.com/