~Welcome All Serious Angler~ Lu LANGSI Wa kasi tangkap itu GT! ~

~Welcome All Serious Angler~ Lu LANGSI Wa kasi tangkap itu GT! ~

Wednesday 18 January 2012

Serious Anglers: Langkawi Trip, DEC 2009

Serious Anglers: Langkawi Trip, DEC 2009: Angelfish, Abg Ezan & Pnurd ~ Langkawi Trip, DEC 2009 ~ Langkawi Fishing Trip is one of the earliest trip ...Trip ni actually around ...

Serious Anglers: ~ Anglers Profile ~part 1~

Serious Anglers: ~ Anglers Profile ~part 1~: ~Serious Anglers family members~ Entry kali ni Angelfish nak perkenalkan our family members in Serious Anglers..walaupun mungkin tak dapat...

Serious Anglers: Pulau Jarak & Pulau Sembilan, Bagan Datoh, Perak ~...

Serious Anglers: Pulau Jarak & Pulau Sembilan, Bagan Datoh, Perak ~...: 19/11/2010 Pulau jarak dan pulau sembilan merupakan antara lokasi pancingan jigging yang terkenal di Semenanjung Malaysia. Trip memancing ...

Friday 21 October 2011

Pulau Jarak & Pulau Sembilan, Bagan Datoh, Perak ~19 Nov 2010~

19/11/2010


Pulau jarak dan pulau sembilan merupakan antara lokasi pancingan jigging yang terkenal di Semenanjung Malaysia. Trip memancing ke Pulau Jarak & Pulau Sembilan pada 19 November 2010 ini merupakan trip sulung Serious Anglers yang menggunakan kaedah pancingan Jigging. Mr.Nick Ooi (ketua kumpulan Headwind dan juga merupakan tauke kedai pancing TackleBox Subang Jaya) merupakan org yg bertanggungjawab memperkenalkan kaedah Jigging kepada Serious Anglers dan meracun mereka untuk menyertai trip ini. Nick juga merupakan SiFu mereka hehehe  Sekalung penghargaan kepada Nick Oii Tacklebox Adventures...Trip ini telah diatur oleh saudara Uddin dan Nick. Bot GT Chaser yang berpengkalan di Bagan Datoh menjadi pilihan kami. Trip sulung ke Pulau Jarak & Pulau Sembilan ini disertai oleh 6 ahli skuad Serious Anglers (Pnurd, Uddin, Zack, Kili, Min, Perod), Nick Ooi (TackleBox) & Mark Soh (ExtremeAnglers).Tak lena dibuatnya menunggu hari untuk memancing di Pulau Jarak, bro Uddin sampai mengira hari di BBM hahaha...Abg Ezan smpi habis jig kat kdi Nick diborongnya...



Serious Anglers bertolak dari Subang Jaya kira2 pukul 7:00 pagi selepas bersarapan di Hassan (port biasa mereka yg mana berdekatan dgn kedai Nick SS15). Mereka tiba di Bagan Datoh kira2 pukul 8:30 pagi. Nick dan Mark dtg berasingan dgn membawa umpan hidup~udang lipan!~.Kami berkumpul di jeti Bagan Datoh kira-kira pukul 1030 pagi dan disambut oleh Kapten Hoo. Setelah memunggah kesemua barang ke dalam bot, kami bertolak ke Pulau Jarak.










Ketika sedang dalam perjalanan, kami mengambil masa untuk setting segala pancingan kami sambil menikmati makan tengahari yang dimasak oleh Che Mat....ketika itu terdetik di dalam kotak pemikiran saya, boleh ke guna besi (jig) ini untuk dapat ikan? Hehehe mungkin kerana masih lagi percaya pada kaedah pancingan konvensional walaupun dah tonton video-video jigging...


Kami tiba di checkpoint pertama dan mula jigging...Setelah 30 minit berlalu, masih tiada tanda-tanda ikan berjaya didaratkan....kemudian terdapat sekumpulan ikan bergerak ke arah bot, apelagi masing-masing pun baling ke arah sekumpulan ikan itu...Berdesup-desup tarikan demi tarikan kedengaran....Lebih dr 10 ekor tongkol saiz hidangan berjaya dinaikkan oleh kami..Walaupun bersaiz kurang dari sekilo tapi penulis akui ia tetap memecahkan suasana memancing..tak menang tangan dibuatnya...Itulah ikan pertama kami dengan menggunakan jig besi....Tetapi bukan ikan tongkol yang menjadi target kami...Masing-masing menjadikan ikan GT (Giant Treavally/Geropoh) sebagai ikan sasaran pada trip ini.Kami jigging sehingga ke lewat petang pada hari tu namun tidak berhasil sehingga lenguh segala badan dibuatnya. Setelah mencuci badan dan selesai makan malam, terdetik lagi sekali di fikiran saya, memang susah pakai jig ni, bukan senang macam dalam video tu..pada ketika itu masih lagi tidak percaya tentang keberkesanan dan kenikmatan jigging...






Kapten Hoo memberitahu die akan menukar port memandangkan tidak ada hasil, tapi Nick meminta diberi masa 10 minit lagi untuk jigging..Nick pun meneruskan jigging dan tiba-tiba berdesup-desup tali Nick ditarik ikan, bunyi kekili Nick menaikkan perasaan teruja..Seekor GT berskala 4kg berjaya dinaikkan oleh Nick.Apalagi semua pun terus men'jigging' walaupun keletihan..Kali ini, Min pula berjaya menaikkan seekor GT berskala 5kg setelah bertarung selama 10 minit. Perasaan puas terpancar di wajah Min dan kami amat gembira kerana ada diantara kami telah berjaya menaikkan GT. Selang beberapa minit selepas, itu, giliran penulis pula tiba..ketika jig dikarau kira-kira 5 kali dari dasar, jig penulis iaitu Yo-Zuri Blanka berwarna biru disentap ikan, berdesing bunyi kekili di asak ikan..kerana baru first time diasak ikan, menggeletar tangan dibuatnya ditambahlagi lenguh disebabkan berulang-ulang kali jigging dari siang tadi sampai malam..kedengaran suara Nick mengajar saya untuk pam berkali-kali untuk menaikkan ikan tersebut. Kerana kekurangan tenaga, sampai kedua-dua belah tangan saya gunakan untuk mengepam ikan tersebut ke atas..hehe kelakar pun ade kalau dipikir-pikirkan balik. Berbekalkan rod Lemax berkekuatan PE 4 penulis berjaya mendaratkan GT seberat 4kg. Tidak tergambar betapa gembiranya pada masa itu...

Kira-kira pukul 9 kami bertukar ke kaedah pancingan bottom..Kami memang set sebelah siang untuk jigging dan pada sebelah malam bottom supaya lebih relax dan santai...Kami menggunakan udang lipan sebagai umpan..ketika sedang menunggu umpan dijamah kedengaran air berkocak-kocak..Cupak kata Mark yang sudah berpengalaman dalam arena memancing, dia pun mengambil rod castingnya, kami masih lagi terpingga-pinga, tak tahu ape nak buat..hehe..tengok ajela...Mark berjaya menaikkan Cupak/Big Eye Jack berskala 7kg.




Jam tepat pukul 12 tgh malam, ketika ini Min, Nick dan Mark dah masuk tidur. Tinggallah Abg, Ezan, Uddin, Kili, Perut dan penulis...Sambil tunggu umpan dijamah, Kili menyanyikan mantera memanggil ikan Jenahak/Ang-Cho..."Pabila esok Ahak ! Ahak !"...buat lawak pulang hang ni Kili..kedengaran suara kami gelak memecah kesunyian..Ternyata penantian pada malam itu sehingga pagi berbaloi apabila kami berjaya menaikkan lebih 6 ekor
jenahak bersaiz 4kg...






 Keesokan harinya kami meneruskan jigging di salah satu port di area Hutan Melintang....
seekor demi seekor ikan GT dan Jenahak dinaikkan. Paling kemuncak adalah ketika kami 7 HOOK UP straight line dari depan bot hingga ke belakang bot. Jenahak sekali lagi berjaya didaratkan. Satu suasana dan pengalaman yang sangat sukar dilupakan..terpancar jelas kegembiraan dalam wajah setiap sorang pemancing...Pada hari ke -2 Abg Ezan, Perut, Uddin & Kili berjaya menaikkan GT bersaiz 5-6kg bermakna tercapailah target kami semua...Nick & Kapten Hoo lega kami semua telah berjaya mendaratkan ikan sasaran kami.








Uddin dan Nick masing-masing berjaya menaikkan ikan tenggiri berskala 4kg dan Uddin mendaratkan satu-satunya kerapu dalam trip ini bersaiz 3kg dengan menggunakan jig williamson. Disusuli dengan Abg Ezan, Perut & Min dengan jenahak masing-masing bersaiz 4kg. Penulis hanya berjaya menaikkan Gerut-gerut bersaiz 1kg dengan jig rainbow Surecatch..










 Pada sebelah malam, Kili menjadi Sultan Jenahak (gelaran yang Mark berikan). Memanjang umpan die saja ikan jamah, rod lain tak diusiknya. Masing-masing berjaya mendaratkan jenahak 1-2 ekor pada sebelum malam kecuali Kili mendaratkan lebih dari 4 ekor pada malam tersebut.




Hari ketiga kami bertolak pulang dengan hati yang riang dengan ice box penuh sampai tak muat lagi. Sampai sahaja di jeti kami terpaksa membeli polisterin box untuk bawak balik ikan...Berakhirlah trip yang sangat mengujakan..Banyak yang telah dipelajari oleh penulis di dalam trip ini...Keseluruhannya 9 ekor GT, 16 ekor Jenahak, 2 ekor tenggiri, 2 ekor Gerut-gerut, Seekor Kerapu dan Berbelas-belas ekor Ikan tongkol dinaikkan..Syukur Alhamdulillah......







written by,
shahril (Pnurd)











Sunday 16 October 2011

~ Anglers Profile ~part 1~

~Serious Anglers family members~

Entry kali ni Angelfish nak perkenalkan our family members in Serious Anglers..walaupun mungkin tak dapat nak kenalkan semua due time constraint hehe (ada keje nk buat skit after blogging ni...biasalah part time housewife :p) Ok lets start with our 'Abang-abang' hik3...First sekali is Abang Zack a.k.a Abg Ezan, he's from KL..Apart from fishing, his interest is car..but perhaps not racing k abg ezan :p hehe Abg Ezan really good in cooking! I learnt from him as well ;)  Abg ezan is such a good bro of all of us not only for Serious Anglers but also in Subang Jaya brotherhood...

Zack a.k.a Abg Ezan
Ok next Abang is Uddin...and he's from Subang Jaya..Same as Abg Ezan, apart from fishing Uddin pun suke kete2 ni hehe and also good in golfing :) Uddin is actually 'org kuat' Serious Anglers...he's our fishing trip mastermind..I can say that almost all fishing trip organized by him with help from other Serious Anglers... thank u Uddin! we really appreciate it! :)

Uddin
Okey, next yg Angelfish nak kenalkan is my own sweetheart, encik Shahril a.k.a Pnurd :) First thing that Angelfish nak cakap ~He's damn tegar!~hahaha He really in 2 fishing..but as long as dia happy Angelfish pun happy.. Pnurd pun berasal dari Subang Jaya and now live with his cute wife hahaha in Putrajaya... Actually Pnurd ni baru continue study so now he has limited time to go fishing :( and I understand his situation, he really wanna go but he has time constraint with all assgmnt bla bla bla haha nvm syg, during semester break u can go what.. and even if not much assgmnt also u can go...so be happy as u are k dear! ;) Pnurd ni memule fishing dulu sgt lahhhhh amaturrr smpi Angelfish pun selalu gelak kan dia hik3...doulu2 I always said to him "sayang faster lah, why took so long to setup all ur stuff.. other ppl already dapat fish la.." hahaha but now i can say he almost pro laaa.. well done syg! i'm proud with u! fast learner hik3 


Shahril a.k.a Pnurd
ok enough about Pnurd..kalo tak kang tak stop2 cite psl dia laks hahaha Ok NEXT, is Joehunt a.k.a Joe.. Joe is married so girls out there plz take note ok he's taken and not available! hahaha (gee, u should thanks me! ahaks!) Joe is red giant fans and of course he's Selangorian... He's very good in Golfing and of coz fishing...he's the King of Star Cruise fishing pond! ;) Joe ni sgt best kwn ngn dia.. very happy go lucky and easy going person.. kalo sape2 baru kenal dia pun akan rasa mcm dh lama kenal :) we loved being his friend! 

Johan a.k.a Joe
Orite..now Angelfish nak kenalkan another Serious Anglers member...Muhaimin a.k.a Min :) He's from KL sama mcm abg ezan.. Min ni pun jenis yg happy go lucky and easy going... And the best part is we shared same interest which is CAT..meoowww~ hehehe kiss kan Sinba utk Angelfish k Min..and Mitch sent regards to his friend, Sinba..ahaks!  


Min
Next is our cute bro, Fadly a.k.a Mock! dia pun berasal dari Subang... Mock ni best kwn ngn dia.. kepala sama..gilerss! haha and dia ni org nya setia, penyayang & pandai masak (untung our Ms.Emma hehe) Angelfish suke kwn ngn Mock ni sbb dia pndi buat org happy :) kalo rasa mcm sedih je leh la jupe Mock ni ye kwn2 heeee Mock, stay the same k bro! :)


Fadly a.k.a Mock
Ok now come to our Fishing Otai a.k.a Kili...he's from Penang and mmg duk kt sana naaa.. actually he's Uddin's cousin (same like Min) and we know him because of fishing..seeee..fishing not only just a hobby but we can build new relationship ;) Kili ni mula2 Angelfish kenal dia, Angelfish igt dia ni jenis yg pendiam and malu2 haha tetapiiiii...after kenal...huhhhh abes Angelfish pun kena bahan :P ahaks! but tu la yg best barulah indah persahabatan tu chewahhh hahaha haaa Kili ni pun same as Pnurd and Joe..he's married ok! so NOT available! hahaha


Kili



Ok lah guys..Angelfish dah penat and hungry oledi haha ni kt bawah Angelfish post picture2 Serious Anglers yg lain..and insyaAllah in next entry maybe we can talk more about other Serious Anglers kt bawah ni hehehe :) till we meet again! byeeeee 


Dato' Azziq
Epul
Farid (Angelfish's bro in law)
Hafiz a.k.a Kojack
Luqman a.k.a Luque
Fairuz a.k.a Ferro
Rehan (Azziq's bro)
Pekan Trip: Abg Ezan, Uddin, Epul & Ferro (dari kiri)

Wetland Putrajaya: Angelfish & Abg Ezan
Wetland Putrajaya: Angelfish & his beloved hubby, Pnurd
Kili & Joe
GT Chaser: Uddin, Min, Abg Ezan & Pnurd (dari kiri)

"Fishing provides that connection with the whole living world. It gives you the opportunity of being totally immersed, turning back into yourself in a good way. A form of meditation, some form of communion with levels of yourself that are deeper than the ordinary self" (Ted Hughes)

Langkawi Trip, DEC 2009

Angelfish, Abg Ezan & Pnurd

~ Langkawi Trip, DEC 2009 ~

Langkawi Fishing Trip is one of the earliest trip ...Trip ni actually around 2 months after Angelfish & Pnurd kawen..masa ni Pnurd & other Serious Anglers baru berjinak2 dlm dunia memancing atau dgn kata lain baru memulakan kerjaya sampingan sebagai nelayan hehe All of them at this moment sumenya leh dikatakan amatur but proudly to mention that all of them are fast learner! hehe tak smpi setahun dah leh kata pro la :P maybe because all Serious Anglers ni rajin bertanya & blaja ngn otai2 memancing yg mereka kenal..that's good right.. bak kata Aristotle "All men by nature desire knowledge" 


Trip ni actually trip memancing + holiday...sgt best! thanks a lot to Uddin and Abg Ezan..finally, after almost 13 years Angelfish tak menjejakkan kaki ke bumi Mahsuri ni...we had so much fun here..and it was my 1st time pergi ke Tasik Dayang Bunting..awesome lake! and I really wanna go again! ahaks!  Kat sini kami stay dekat service apartment "Kondo Istana" dekat dengan Pekan Kuah which is very strategic location for Angelfish to shop hahahaha

Kondo Istana

Ok let's back to the main story :P Hm actually dah tak berapa igt sgt details of the whole trip cause dh almost 2 years back kan hahaha but what i remembered is we go fishing with Uddin's boat which is such an awesome boat! i like! hehe not that much as today's catches but it is actually good achievement for a beginner at that moment :) because tak igt the exact details so Angelfish just share je lah all those pictures below k... enjoyyy! ;) c ya in next entry!


Antara hasil tangkapan...

Pnurd

Our great Captain, Uddin! with his co-pilot, Pnurd!

Angelfish semasa zaman kurus haha with Abg Ezan & Pnurd

Merenung ikan di lautan...

Angelfish tumpang bergambar je :p

"Fishing seems to be the favorite form of loafing"(Edgar Watson Howe)